Monday, May 11, 2009

***Harus Ku Lupakan & Ku Lepaskan***




Semalam aku belajar sesuatu
Belajar tentang melupakan dan melepaskan
PERIT tapi itulah hakikatnya

Untuk melupakan seseorang yang menghancurkan hati kita
Sedangkan kita terlalu sayang
Untuk melepaskan seseorang yang memperolokkan CINTA kita
Sedangkan saban saat hanya dia dalam kotak fikiran ini

Bayangkan kita mencintai seseorang
Kita terlalu sayang pada seseorang
Sanggup lakukan apa sahaja demi CINTA..(kononnya wujud dalam dirinya)
Sanggup tempuhi perit derita ketika ingin bersama
Tapi akhir kita jatuh tersungkur
Luka yang tidak nampak mata kasar
Luka yang berdarah tapi tidak mengalir
Luka yang tidak boleh diubati dangan Panadol
Luka yang kita sendiri tahu betapa sakitnya...

Ingin ku hadiahkan sebuah cermin yang terlalu besar
Cermin diri kita sebelum kita mencerminkan diri orang lain
Kutuk diri kita sebelum kita mengutuk orang lain
Hina maruah kita sebelum kita memperolokan maruah orang lain
Janganlar pulak engkau takut untuk melihat wajahmu di cermin
Untuk melihat segala keburukan mu di cermin mu sendiri
Siapa kita untuk mengata,mencaci dan mempermainkan hati orang lain

Kerna aku tahu...Aku siapa....dan kerna hanya diri ini tahu..kehebatan CINTA ku..

7 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

..satu hari nanti pasti mereka menyedari betapa kita begitu mencintai dan menghargai dia dan pastinya ketika itu mungkin hati kita telah tertutup untuknya..

Teruskan hidup..
pasti ada seseorang yang akan lebih menghargai apa yg kita berikan..

SRISUFI said...

Salam...

saya telah bertamu...terbaca mesej kamu...salam persahabatan dari sri.

~Aduhai, kenapa lagu ini menusuk jiwa..

DrSam said...

Tom,
Tidak semestinya apa yang kita fikirkan terbaik untuk kita itu, baik untuk kita. sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin esok atau lusa yang terbaik itu akan muncul jua.

zafi said...

hi yup we can be friend bro :)
itu lah resam kehidupan... kene banyak bersabar n tabah menjalaninya... life must go on! dont quit!

cahayaqaseh said...

melepaskan adalah yang terbaik
daripada menyimpannya dan menjadi duri dalam hidup kita...

izman said...

cinta tak boleh dipaksa, ia cuma boleh dipupuk dan dibajai agar terus bersemi.

andainya cinta kian pudar dan tidak bererti lagi, lepaskanlah ia.

hebat gak la sajak2 ko ni tommy.

IT'S Me N.a.N.a said...

bukan dia tidak sedar yang kau mencintai nya lebih dari segala-galanya. Tetapi, dari kesedaran itu lah yang membuatkan dia pergi dari kau. Kerana, bagi nya cinta kau yg terlalu agung itu tidak layak utk dia kerna cinta dia tidak setinggi kehebatan cinta kau.