Thursday, January 22, 2009

Tercipta Untukku.....



Kasih demi cinta kau datang bertemuku
Kasih tiap masa engkau pulang ku
Merindumu....
Dan kasih adalah bintang timur
Kan bersinar walau dalam kabus
Kau terangi dengan cahaya tulus
Jiwaku luluh...

Kasih lama mana kau bisa menungguku
Atau engkau memang telah diciptakan
Untukku....
Selama raga ini bernafas
Selama itulah kau milikku
Cinta kita adalah sebuah pertemuan

Menerjah
Ku rentas sebuah taman
Keranaku asyik
Jiwaku takkan ku calarkan lagi
Demi kau kekasihku

Keranaku kasih, Kunobatkan cinta
Kuisytiharkan, Kaulah yang kucinta
Genggam tanganku, Jangan kau lepaskan
tenmbusi tembok itu, disana kan bersatu
kita..... Selama-lamanya...

Cintamu adalah nadiku
Kekal dan terus bernyawa

Menerjah
Ku rentas sebuah taman
Kerana asyik Jiwaku takkan ku calarkan lagi
Demi kau kekasihku

Keranamu kasih, kunobatkan cinta
Kuisytiharkan, kaulah yang cinta
Genggam tanganku, jangankau lepaskan
Tembusi tembok itu, di sana kan bersatu
Kita... selama-lamanya...

Keranamu kasih, kunobatkan cinta
Kuisytiharkan, kaulah yang cinta
Genggam tanganku, jangankau lepaskan
Tembusi tembok itu, di sana kan bersatu
kita... selama-lamanya...

Cintamu adalah nadiku
Kekal dan terus bernyawa

Friday, January 9, 2009

1001 Wajah......



Hidup ini dipenuhi dengan warna warna ceria suka,duka dan tawa ria.Begitu juga dengan kehidupanku berbagai-bagai wajah keceriaan di saat-saat bahagia.

Wajah ceriaku dihari penganugerahan Advance Diploma dalam kursus perhotelan.Penganugerahan ini ditujukan khas buat ibu dan ayah tercinta yang telah banyak berkorban demi melihat aku melangkah ke menara gading.Buat ibu dan ayah,anugerah ini khas buat anda berdua.



Terserlah ketampananku tatkala mengenakan pakaian tradisional kaum Melayu teluk belanga di waktu aktiviti kolej sewaktu event '50 Years Nationhood'.



Comel tak???Gambar ini diambil semasa rumah terbuka rakan sekerjaku Mani .Gambar ini telah diedit oleh sepupu kawan baik ku Rohayu.Warna baju jingga ini ditujukan kepada kawan blogku Benedict yang menyukai warna ini.




Gambar ini diambil sewaktu di Parkson Grand sehari lepak bersama teman-teman baikku Rohayu dan Vimala.Piala ini dianugerahkan kepadaku atas persahabatan baik yang kami jalin selama 4 tahun.Terima kasih Rohayu dan Vimala kerana menjadi sahabat yang setia,dikala suka dan duka.Pantun ini ditujukan khas buat anda berdua;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pulau Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua...




Ada gaya bachelor of the year tak???Ada sipi-sipi Takeshi Kaneshiro kan???Hehehe...Gambar ini diambil semasa aku membuat persiapan ke alam perkahwinan,melangkah ke jinjang pelamin bersama si dia yang tersayang.Namun,ku sangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari...Mahligai yang kami bina tidak kekal seperti yang diharapkan.Namun begitu,aku tetap melangkah meneruskan kehidupan tanpanya disisi.

Inilah sedikit sebanyak wajah-wajah ceria yang dapat ku paparkan untuk blog ini.Diharapkan dapat dikongsi bersama anda semua yang sudi melawat blogku.

Wednesday, January 7, 2009

Kenangan datang Bertalu




Kenangan manis sewaktu majlis perkahwinan kawan baik adikku yang berlangsung di rumah dia.